Nafi hina Messi, Mbappe akui sentiasa jadikan bintang Barcelona itu sebagai idola - Sukan | mStar

Nafi hina Messi, Mbappe akui sentiasa jadikan bintang Barcelona itu sebagai idola

Pada musim ini, Mbappe menjringkan 14 gol untuk PSG. FOTO: ESPN

DITUDUH memperkecilkan keupayaan Lionel Messi, Kylian Mbappe bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya.

Menurut bintang muda itu, dia sama sekali tidak pernah membandingkan dirinya dengan Messi, mahupun berkata dia bakal menjadi lebih hebat berbanding bintang Barcelona itu.

Menurut laporan Canal Football Club, Mbappe berkata dia yakin akan menjadi lebih hebat dari Messi jika bekerja keras dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.

Messi.

Tidak senang dengan kenyataan itu yang dikatakan bukan keluar dari mulutnya, Mbappe bersuara menerusi laman Twitter.

"Saya tak pernah cakap begitu. Saya sentiasa hormat dan mengagumi Messi," tulisnya sehingga pada Isnin.

Tweet berkenaan menarik perhatian ramai dan menerima hampir 50,000 ulang kicau (Retweet).

Ianya bukanlah satu rahsia bahawa Mbappe sememangnya sentiasa menjadikan Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya dalam sukan bola sepak.

Malah, Mbappe juga dikatakan mahu bermain dengan pasukan Barcelona bagi membolehkan dia berkasi di atas satu padang dengan Messi.

Dalam pada itu, Mbappe sudahpun mencatatkan 14 jaringan sepanjang 16 penampilan bersama Paris Saint-German (PSG) pada musim ini. - Soccerladuma.

Kylian Mbappe , Lionel Messi , PSG , Barcelona

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sultan Ahmad Shah mangkat