suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United perlu elak buat kesilapan perpindahan pemain

Sanchez sedang berehat di negara asalnya untuk pulih daripada kecederaan. - Reuters

ULANG tahun pertama Alexis Sanchez di Manchester United semakin hampir, tetapi pemain kelahiran Chile itu berada di negaranya untuk memulihkan dirinya daripada kecederaan.

Pemain tersebut yang menonton kejayaan United membelasah Fulham 4-1 dalam Liga Perdana Inggeris di rumahnya pasti tertanya-tanya bagaimana dia dapat menyesuaikan diri apabila kembali ke pangkuan skuad itu.

Satu kenyataan pahit yang perlu ditelan oleh pemain berusia 29 tahun itu adalah ketiadaannya langsung tidak menjejaskan prestasi United.

Ketika Jose Mourinho menjelaskan bahawa dia tidak akan menyertai pasukan sehingga awal tahun depan, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Fulham mungkin bukan pasukan yang hebat, tetapi United berjaya menewaskan mereka dan itu pun tanpa kehadiran Anthony Martial.

Sanchez sering terlepas bola sejak tiba dari Emirates pada Januari lalu dan Mourinho pua mempunyai banyak pilihan penyerang yang lain.

Pemain itu sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, namun perjanjian dibuat oleh United untuk posisi itu hanya berlaku pada saat akhir iaitu ketika tingkap perpindahan Januari dibuka.

Keputusan oleh Ed Woodward pada Januari lalu kelihatan seperti mahu membuktikanm sesuatu berbanding ingin menguatkan posisi United.

Pasukan itu mengikat beberapa nama-nama besar dan langkah itu tidak menjadi.

Itu sudah mencukupi untuk United berhati-hati ketika tingkap perpindahan dibuka dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Manchester Evening News

Alexis Sanchez

Artikel Lain