suria

Klopp beri amaran Liverpool perlu beraksi lebih baik

Aksi pemain tengah PSG, Angel Di Maria (tengah) yang jatuh dalam perlawanan menentang Liverpool pada 28 Nov lalu. - AFP

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan sudah tiba masanya untuk membetulkan kesilapan dalam kempen Liga Juara-Juara memandangkan prestasi mereka dilihat tidak konsisten.

Tiga kekalahan di peringkat kumpulan memerlukan The Reds untuk mengalahkan Napoli sama ada 1-0 atau membolot dua gol di Anfield pada perlawanan awal pagi Rabu.

Kelab itu tewas kepada Red Star Belgrade dan Paris St Germain (PSG) sekali gus meninggalkan mereka di tempat ketiga dalam Kumpulan C.

"Kami tahu selepas perlawanan dengan Napoli nanti, ia belum cukup baik untuk pasukan.

"Dengan Belgrade tidak lebih baik, Paris pula hanya okay, dalam Liga Juara-Juara anda boleh kalah menentang PSG di stadium mereka.

Klopp ingin membetulkan kesilapan yang berlaku dalam prestasi pasukannya. - AP

"Kami memberi mereka perlawanan yang setanding tetapi kami telah kalah. Setakat ini, perlawanan di laman sendiri adalah baik, kami perlu jadi lebih baik malam esok.

"Saya memberitahu para pemain, saya fikir jika tiada apa yang istimewa berlaku dengan keputusan pengadil, kami akan dapat apa yang kami layak pada malam esok.

"Kini, kami mempunyai peluang untuk meneruskannya, ia adalah istimewa selepas kempen yang kami lalui setakat ini.

"Ia adalah satu peluang besar untuk kami dan kami akan mencuba segala-galanya untuk menjadikannya betul.

"Jika seseorang memberi peluang kepada anda, ia adalah mengenai anda dan cara anda menggunakannya," kata Klopp.

Liverpool berada di puncak Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lalu selepas mereka mengalahkan Bournemouth dan Manchester City pula kalah di Chelsea. - Belfast Telegraph

Jurgen Klopp

Artikel Lain