suria

JDT nafi tawar RM65,000 kepada kapten Sabah

Foto: Facebook Rawilson Batuil

PETALING JAYA: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan telah membuat tawaran gaji sebanyak RM65,000 sebulan kepada Rawilson Batuil.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards menegaskan pihaknya tidak membuat sebarang tawaran untuk mana-mana pemain pertahanan.

"Terdapat sebuah laman media sosial baru-baru ini yang menyatakan JDT telah membuat tawaran sebanyak RM65,000 sebulan kepada ketua pasukan Sabah Rawilson Batuil.

"Kami sudah mempunyai pemain-pemain muda seperti Dominic Tan dan Adam Nor Azlin yang kami ingin fokus pada musim 2019," ujarnya di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Selain itu, juara Liga Super lima kali ini mula menjalani latihan pra-musim pada Isnin.

Latihan pra-musim ini sangat penting bagi mengembalikan kecergasan dan membentuk semula keserasian antara pemain. Ia juga merupakan antara elemen penting dalam setiap perlawanan serta memudahkan pelaksanaan taktikal yang dirancang.

"Sesi latihan ini juga bakal disertai pemain luar negara yang baru ditandatangani.

"Pastinya pemain baharu tersebut perlu membentuk keserasian dengan cepat, selain perlu mengadaptasi dengan zon waktu, cuaca, bahasa dan makanan di sini.

"Bantuan daripada pemain sedia ada pasti membolehkan pemain baharu berbincang tentang makanan, cuaca dan juga corak permainan masing-masing."

JDT, Rawilson Batuil

Artikel Sebelum

Artikel Lain