suria

Enggan dibayangi Mbappe, Neymar rancang tinggalkan PSG

Neymar (kiri) dan Mbappe (kanan)

NEYMAR dilaporkan merancang untuk meninggalkan pasukan Paris Saint-German (PSG) gara-gara 'meluat' dengan Kylian Mbappe.

Menurut satu sumber, Neymar tidak mahu dibayangi Mbappe dan enggan berkongsi perhatian yang diterimanya dengan pemain itu.

Mbappe merupakan pemain kedia paling mahal di dunia dibelakang Neymar, namun menjadi perhatian utama gara-gara kemampuannya meledak 11 gol dalam sembilan perlawanan musim ini.

Selain itu, Neymar juga dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Mbappe dan perkara itu jelas dapat dilihat sewaktu mereka berada di padang.

Neymar mengikat kontrak bersama PSG dan ia dijangka tamat pada 2020.

Dalam pada itu, seorang wartawan bola sepak Sepanyol, Diego Tores mendedahkan Neymar dan Dani Alves gemar mengejek Mbappe.

Malah, mereka juga sering memperkecilkan kemampuan pemain muda itu.

Menurut pendedahan itu lagi, Mbappe dilayan seperti pemain junior biarpun dia berada dalam kelas tersendiri dan dinobatkan sebagai pemain kedua termahal di dunia.-Sportsmole/Sportsjoe.

Neymar, Mbappe

Artikel Lain