suria

Bintang Arsenal dilempar kulit pisang oleh penyokong Tottenham sewaktu raikan gol

Kulit pisang yang dibaling ke arah Pierre-Emerick Aubameyang. FOTO: getty

KETERUJAAN bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang untuk meraikan jaringan gol dicemari insiden apabila dia dilempar kulit pisang oleh seorang penyokong Tottenham.

Pelaku kemudiannya berjaya dikenalpasti sebelum ditahan oleh pihak polis, sewaktu kejadian.

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan perbuatan itu dilakukan atas motif perkauman atau sebaliknya.

Kelihatan kulit pisang dibaling dari arah penonton Tottenham.

Selain penonton yang melemparkan kulit pisang, sekurang-kurangnya enam lagi turut ditahan kerana menyalakan rokok sewaktu perlawanan.

Menerusi perlawanan berkenaan, Aubameyang membuka jaringan sebelum Eric Dier dan Harry Kane menambah gol berikutnya.

Perlawanan yang berlangsung di London itu menyaksikan Arsenal membena Tottenham dengan keputusan 4-0.- Daily Star.

 

 

Artikel Berikut

Artikel Lain