suria

Fred berang sering disisih Mourinho

Fred.

FRED mendedahkan dia berang dengan Jose Mourinho kerana jarang menurunkannya dalam skuad utama Manchester United.

Akibatnya, dia terlepas peluang untuk memperkuat Brazil bulan lalu.

Bekas pemain tengah Shakhtar Donetsk itu bergelut dengan prestasi tidak menentu di Old Trafford dan sering diketepikan sejak akhir-akhir ini.

Fred tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas disisihkan daripada skuad Brazil ketika bertemu Uruguay dan Cameroon bulan lalu.

"Saya kurang bermain di United, jadi ia normal untuk Tite tidak dapat menilai prestasi saya walaupun saya berusaha keras untuknya sebelum ini.

"Sudah tentu saya berang tetapi saya tahu bagaimana untuk berdepan dengan kekecewaan yang boleh membantu saya untuk berusaha lebih keras," katanya.

Meskipun Mourinho menyisihkannya, Fred tidak mahu kekecewaan itu memberi kesan kepada kariernya.

"Jurulatih tidak pilih saya di dalam skuad utamanya. Itu keputusan dia. Saya masih ada kerja di sini dan saya tidak boleh biarkan ia menjejaskan fikiran saya. Saya perlu bersabar.

"Ia permulaan yang sukar untuk saya di United kerana saya jarang diturunkan. Saya banyak beraksi ketika di Shakhtar tetapi ia berbeza semasa di sini.

"Ia normal, sudah tentu. Ia proses untuk menyesuaikan diri dengan liga yang berbeza," katanya. - Metro.co.uk

Fred, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain