suria

Perisic pernah tolak tawaran Manchester United, akui masih berminat ke England

IVAN Perisic mengakui menolak tawaran Manchester United sebelum ini.

Pemain Sayap Inter Milan itu mendedahkan bahawa dia hampir berpindah ke Old Trafford musim lalu biar pun kontrak sudah berada di depannya.

Perisic,29, yang turut menjaringkan gol untuk Croatia ketika aksi final Piala Dunia Jun lalu memberitahu dia dipujuk oleh bos Inter Luciano Spaletti supaya kekal di kelab itu.

Jelasnya, dia gembira dengan keputusan tersebut walaupun tahu Jose Mourinho mahukannya.

"Memang betul ada tawaran daripada Manchester United dan kontrak sudah berada di atas meja, saya hampir meninggalkan Inter.

"Apabila Luciano Spalletti tiba (Jun 2017), dia sangat menunjukkan semangat supaya saya kekal di Inter. Dalam bola sepak, penjelasan kecil dalam situasi seperti ini adalah kuncinya.

"Perasaan kagum daripada jurulatih seperti Mourinho sudah tentu membanggakan saya. Ia adalah bukti daripada kerja keras dan prestasi yang baik.

"Apabila anda dipuji oleh orang seperti Mourinho - pengurus di sebuah kelab besar seperti United, ia sangat sukar untuk tidak memikirkan tawarannya.

"Saya gembira dia memberi pandangan besar terhadap saya. Perkara ini memberi motivasi kepada saya untuk terus bekerja dan bertalih lebih kuat bagi mencapai prestasi lebih baik," jelasnya kepada FourFourTwo.

Walaupun komitmen bersama kelab belum pasti lagi pada masa depan, Perisic masih belum bersedia untuk ke Liga Perdana buat masa sekarang.

"Dalam bola sepak, anda tidak boleh cakap 'tidak akan'. Sejak awal karier, saya bercita-cita ingin bermain di kelab besar, dan saya masih ada keinginan itu untuk beraksi dalam liga lain. Dan maksud saya di Sepanyol atau Liga Inggeris.

"Saya harap Inter faham maksud saya ini. Saya seorang atlet dan profesional, saya ingin mancabar diri dan inilah perjalanan saya.

"Apa yang berlaku di masa depan, saya tidak tahu.

"Buat masa sekarang, fokus hanyalah kepada Inter, cuba untuk menjadi lebih baik daripada musim lepas," katanya. -Dailymail.

Ivan Perisic, Inter Milan

Artikel Lain