Pengurus Barcelona hairan Messi tidak tersenarai dalam calon Ballon d'Or - Sukan | mStar

Pengurus Barcelona hairan Messi tidak tersenarai dalam calon Ballon d'Or

Messi tidak tersenarai dalam calon pemenang Ballon d'Or tahun ini. FOTO: Getty

PENGURUS Barcelona, Ernesto Valverde mengakui terkejut apabila pemain harapannya, Lionel Messi tidak tersenarai dalam calon pemenang Ballon d'Or.

Bagi edisi penganjuran 2018, ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Luka Modric, Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann.

"Ia mengejutkan saya sebagaimana orang lain pun terkejut.

"Messi dinamakan pemain terbaik dalam Liga Juara-Juara musim ini. Cuma baru-baru ini sahaja dia berehat kerana kecederaan.

"Bukan kami yang cakap, tapi dia diakui oleh UEFA. Pelik kenapa dia tidak tersenarai.

"Namun apapun, tahniah kepada tiga pemain yang bakal merebut anugerah itu," ujarnya.

Ronaldo

Sementara itu, Ronaldo tidak menyembunyikan keinginannya untuk memenagi anugerah itu buat kali keenam.

Malah, dia menyifatkan dirinya layak untuk membawa pulang sekali lagi anugerah itu atas prestasi yang dipamerkannya pada tahun ini.

Namun, rata-rata pengkritik menjangka bintang Real Madrid, Luka bakal membawa kejuaraan utama berkenaan.

"Saya tahu saya merupakan antara pemain terbaik di dunia. Sudah tentu saya nak menang Ballon d'Or keenam.

"Ianya satu penipuan jika saya cakap tak mahu. Saya rasa saya layak menang tahun ini," ujar bintang Juventus itu. - Express.Co.Uk.

 

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain