suria

Selepas New York, Villa pilih Asia teruskan karier

Villa bakal menyertai Liga Jepun selepas kontrak bersama New York City berakhir musim ini.

PENYERANG veteran David Villa bakal menyertai bekas rakan sepasukannya di Barcelona dan Sepanyol Andres Iniesta di Vissel Kobe.

Selepas New York City mengesahkan Villa,36, akan meninggalkan kelab itu berikutan kontrak berakhir, pemain pasukan juara Piala Dunia 2010 itu membuat pendedahn akan beraksi di Liga Jepun.

Iniesta meninggalkan Barca untuk menyertai Vissel Kobe Mei lalu dan akan kembali bergandingan dengan Villa selepas bersama di Camp Nou dari tahun 2010 hingga 2013 serta dalam skuad kebangsaan.

"Sepanjang karier profesional bola sepak, saya telah membuat banyak keputusan penting. Sebagai atlet, keputusan meninggalkan padang sangat sukar dibuat, dan kini saya temuinya kembali.

"Sepanjang itu juga, saya sentiasa mengikut gerak badan, orang di sekeliling saya dan gerak hati.

"Dalam itu juga, saya harap isyarat itu atau perkara lain akan memberi penjelasan kepada saya. Cabaran baharu menanti, Asia," jelasnya.

Sepanjang bersama MLS, Villa merakam 80 gol dalam 126 penampilan dan turut mendapat panggilan daripada skuad kebangsaan Sepanyol pada tahun 2017, dan kali terakhir bersama La Roja tiga tahun sebelumnya.-OneFootball

David Villa, Sepanyol

Artikel Lain