suria

Klopp salahkan pengurus EPL kerana penguasaan City

JURGEN Klopp percaya pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) terlalu menghormati Manchester City.

Malah pengendali dari Jerman itu sering tertanya-tanya apa yang dilakukan pasukan lain semasa mereka berdepan juara musim lalu itu.

Liverpool kini ketinggalan dua mata di belakang City walaupun belum pernah tewas dalam 13 perlawanan awal setakat ini.

Meskipun gembira dengan prestasi cemerlang anak buahnya pada permulaan musim, Klopp meluahkan kekecewaan terhadap pendekatan pasukan lain semasa bertemu lawannya itu.

"Banyak pasukan menyaksikan kami adalah terbaik dan menyedari mereka terlalu berusaha keras.

"Jika pasukan itu memberi peluang kepada kami untuk melakukannya, kami akan terus berada di sana dengan asakan demi asakan. Namun selalunya ia mustahil berlaku.

"Banyak pasukan bermain serangan balas terhadap kami. Contohnya mereka tidak mempunyai rasa hormat terhadap kami seperti yang ditunjukkan kepada Manchester City, sebagai contoh.

"Ketika bertemu City, anda menyaksikannya dan tertanya-tanya apa yang mereka lakukan. Seminggu kemudian mereka bermain menentang kami dan mereka fikir, mari cuba.

"City layak tetapi ia menimbulkan jurang berbeza kerana kami 100 peratus fokus sepanjang masa," kata Klopp. - Metro.co.uk

Artikel Lain