suria

Mourinho tanya siapa lebih hebat sekarang, 'Manchester United atau Spurs?'

JOSE Mourinho tidak memberi jaminan untuk mendapatkan pemain baharu Januari ini.

Mourinho memberitahu, Manchester United tidak lagi akan menggunakan kewangan besar berlebihan.

Hanya Alexis Sanchez yang dibeli Januari lalu ketika jendela perpindahan dibuka, namun kini terpaksa diketepikan selama enam minggu selepas kecederaan di pangkal paha.

Bagaimana pun pengurus portugis itu menegaskan dia akan cuba membawa masuk seorang pemain pertahanan baharu bulan depan.

"Secara jujurnya, kami tidak akan mendapatkan pemain baharu.

"Dan jika kami lakukan, hanya untuk seorang. Saya tidak nampak akan lebih daripada itu," jelasnya.

"Adakah Manchester United dari segi sejarah, dimensi lebih besar daripada Tottenham? Saya fikir semua orang bersetuju.

"Bolehkah anda membeli pemain terbaik Tottenham? Tidak, kerana mereka tidak menjualnya. Mereka sangat kuat dan boleh berkata tidak.

"Beberapa tahun lalu, siapa pemain terbaik Tottenham? Michael Carrick. Dan beberapa tahun selepas itu, siapa pemain terbaik? Berbatov.

"Bolehkah kita pergi ke sana dan bawan Harry Kane? Dele Alli, Christian Eriksen, Som Heung-Min ke sini? Tidak. Jadi siapa yang lebih hebat sekarang? Kami atau mereka?

"Saya tahu kami perlu buat lebih baik daripada sekarang, sudah tentu, tetapi satu perkara yang lebih baik adalah perbandingan dengan Manchester United sebelum ini kerana ia sangat mustahil.

"Bukan sahaja Manchester United sangat menakjubkan, tetapi terdapat banyak perbezaan dengan yang lain dan kini ia tidak seperti itu lagi.

"Sebelum ini kelab kecil merayu menyuruh kita memberi pemain terbaik mereka. 'Ambil pemain terbaik kami. Saya mahu menjualnya. Tolong anda sangat kuat. Beli pemain terbaik kami'.

"Namun pada saat ini, mereka tidak mahu menjualnya.

"Kamu tidak akan dapat peluang di pasaran pemain kecuali mempunyai 'nombor' besar," jelasnya.-Dailymail

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain