suria

Hoeness dedah Bayern Munich bakal berbelanja besar musim depan

PRESIDEN Bayern Munich memberi jaminan akan berbelanja besar untuk skuadnya musim depan.

Uli Hoeness membuat pengumuman penting itu ketika mesyuarat tahunan kelab pada Jumaat.

"Saya ingin melaporkan kepada anda bahawa lembaga penasihat kelab telah memutuskan secara jelas bahawa kami akan membuat pelaburan besar musim depan.

"Ini kerana tahun depan, beberapa pemain yang berumur kemungkinan akan bersara, tidak berada lama lagi di situ.

"Kelab mempunyai modal besar untuk skuad bagi lebih kuat daripada pihak lawan dalam Bundesliga. Itu adalah impian.

"Kami menganggapnya sebagai pelaburan seperti yang telah Bayern FC lakukan sejak lima tahun hingga sepuluh tahun lalu yang menjamin kejayaan berpanjangan," jelasnya.

Bayern kini kekurangan sembilan mata daripada pendahulu liga Borussia Dortmund.

Kelab gergasi Jerman yang berada di tempat kelima liga dan akan kembali bangkit merebut persaingan trofi menjelang perlawanan bertemu Werder Bremen minggu ini.-OneFootball

Bayern Munich

Artikel Lain