Pemain import Mifa digantung tiga perlawanan selepas kasari pemain import Kedah - Sukan | mStar

Pemain import Mifa digantung tiga perlawanan selepas kasari pemain import Kedah

KUALA LUMPUR: Pemain import pasukan Mifa, Kpah Sean Sherman (gambar) dikenakan penggantungan tiga perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik selepas mengasari pemain import Kedah, Liridon Krasniqi.

Menurut kenyataan media oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain dari Liberia itu telah melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menerjah keras mengenai bahagian lutut pemain pasukan Kedah.

Ekoran daripada kejadian yang berlaku pada perlawanan Piala Malaysia 2018 melibatkan pasukan Mifa melawan Kedah pada 26 Ogos di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, Sherman diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan adalah perlawanan Piala Malaysia 2018 di antara Kelantan melawan Mifa pada 31 Ogos (penggantungan perlawanan secara automatik), Mifa melawan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Ahad dan suku akhir Piala Malaysia 2018 jika layak dan jika tidak layak penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.

Jawatankuasa Tatatertib FAM juga turut mendenda Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebanyak RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Hukuman tersebut adalah akibat melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM ekoran daripada tindakan penyokong Pasukan Negeri Johor yang membakar dua puluh lima batang suar semasa perlawanan JDT melawan Kelantan pada 25 Ogos di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. - Bernama


Mifa

Artikel Sebelum

Piala AFC B16 KPI buat PPBN, Teong Kim

Artikel Berikut

Sarri ajak Terry kembali ke Stamford Bridge

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus