suria

Sarri ajak Terry kembali ke Stamford Bridge

MAURIZIO Sarri secara terbuka mengajak John Terry kembali ke Stamford Bridge sebagai jurulatih.

Namun bekas kapten Chelsea yang berusia 37 itu belum puas bergelar pemain.

Pengurus The Blues, Sarri tidak berminat untuk memanggil Terry berada dalam skuadnya, tetapi sedia menawarkan tempat dalam barisan jurulatih di bawahnya.

Terry telah menjadi pemain bebas sejak meninggalkan Aston Villa selepas kontraknya tamat Jun lalu.

Pun begitu, dia tetap aktif mengekalkan prestasi dengan menggunakan pusat latihan Chelsea yang berdekatan dengan kediamannya di Surrey.

Minggu lalu Terry menolak tawaran Spartak Moscow di kelab Rusia.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya seminggu lalu. Dia ada beritahu bahawa ingin bermain satu musim lagi.

"Saya rasa dia betul untuk bermain lagi, tetapi jika dia ingin membantu kami, saya sangat gembira. Terpulang kepadanya.

"Jika John berminat untuk memulakan dengan pemain-pemain muda, ia memang tepat. Jika John mahu bekerja dengan staf saya, ia juga boleh diaturkan.

"Chelsea adalah rumahnya. Di sini, dia adalah tempat rujukan. kehadirannya adalah sangat penting kepada semua," jelas Sarri.

Sebelum ini, Terry pernah bersuara bahawa dia akan memenuhi cita-citanya untuk menjadi jurulatih selepas bersama sebagai pemain.

Maurizio Sarri, John Terry

Artikel Lain