suria

Guardiola mahu jadi jurulatih antarabangsa, bukan Sepanyol

PEP Guardiola mendedahkan impian sebenarnya untuk menguruskan pasukan antarabangsa satu hari nanti.

Bos Manchester City  yang merekodkan 47 kap ketika bermain dan menjadi kapten Sepanyol sebelum ini yang turut menyaksikan skuadnya berjaya merangkul pingat emas Sukan Olimpik di Barcelona 1992.

Selepas itu, dia menjadi salah seorang pengurus yang terkenal dengan merakam 27 trofi sepanjang menjadi jurulatih di Barcelona, Bayern Munich dan City.

Pegendali berusia 47 tahun itu akan berada di City sehingga 2021 dan bersetuju untuk menyambung kontrak lagi, namun untuk tempoh jangka panjang dia bercadang mahu menguruskan sebuah pasukan negara.

Bagaimana pun dia tidak yakin akan dapat menguruskan pasukan Sepanyol satu hari nanti.

"Saya rasa ia tidak akan berlaku," ujarnya yang tidak mengulas panjang mengenai perkara tersebut.

Namun Guardiola yang dikaitan dengan tugas di Argentina berkata: "Dalam hidup, kita mempunyai impian yang kita inginkan di masa depan, namun ia tidak semestinya berlaku.

"Saya ingin bermain pada Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah. Saya mahu hidup seperti itu. Apabila saya melihat Piala Dunia, saya fikir mahu berada di sana. Saya hanya berpeluang berbuat begitu ketika menjadi pemain.

"Dalam tempoh lapan, 12,14 mungkin ia berlaku. Ia hanya impian sebagai pengurus dan manusia. Mungkin berlaku, mungkin tidak," jelasnya.

Pep Guradiola

Artikel Sebelum

Artikel Lain