suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pochettino gesa 'bunuh' setiap pergerakan pemain Liverpool

Pochettino dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp (kanan).

MAURICIO Pochettino menggesa pemain-pemainnya agar dapat 'membunuh' pergerakan lawan menjelang perlawanan Tottenham Hotspur bertemu Liverpool pada aksi Liga Perdana Sabtu malam.

Selepas tewas 2-1 kepada Watford dua minggu lalu, Pochettino mendesak supaya 'bangun' dan mempamerkan prestasi sebenar.

"Ia adalah panggilan amaran kepada kami. Pada babak pertama ia seperti permainan testimonial. Ia berkaitan mentaliti, bukan taktik.

"Mentaliti untuk menewaskan Manchester United dan Watford dengan kapasiti sama. Mungkin kami terlepas di situ. Jika kami bermain cara yang sama (bertemu Liverpool), saya pasati akan bercakap di telefon "Houston, kami ada masalah"!.

"Jika bertemu Liverpool di Wembley, anda tidak perlu ada keinginan dan fokus untuk bermain... ia berkaitan dengan sikap dan berkata, "Hey, tolong tengok kami main agresif dan cuba menang".

"Untuk menang, kami perlu fokus dalam tempoh 95 minit. Jika anda tidak hormat, anda 'bayar'.

"Kita perlu pergi dan bunuh setiap pergerakan. Lebih agresif. Itu yang saya faham mengenai bola sepak," katanya.

Spurs bakal turun tanpa kelibat Dele Alli dan Hugo Lloris namun akan dibantu Son Heung-Min dan pemain tengah Harry Winks.

Winks,22, tidak beraksi sejak Februari lalu selepas mengalami kecederaan buku lali dan menjalani pembedahan pada Mei.

Mauricio Pochettino, Spurs

Artikel Berikut

Artikel Lain