Barcelona perkenal kit ketiga merah jambu, salah satu versi dijual harga tinggi

PASUKAN Barcelona memperkenalkan kit berwarna merah jambu untuk kempen kali ini.

Bagaimanapun, harganya tidak murah untuk para penyokong dengan versi paling mahal mencecah £99.95 (RM539.18)

Kit tersebut yang dikeluarkan pada Rabu, memberi penghormatan kepada bandar Barcelona, dan ciri rekaan dinamiknya berinsipirasikan dari salah satu jalanannya yang terkenal, Avinguda Diagonal.

Memetik laporan di laman web rasmi kelab itu, baju dengan dua rona itu menggabungkan warna merah gelap bagi mempamerkan kesinambungan merah jambu.

Baju bagi dewasa dijual pada harga biasa £64.95 (RM350.67). Kit untuk kanak-kanak dan bayi turut dijual.

Kit ketiga itu menyempurnakan barisan jersi Barcelona untuk kempen kali ini, dengan jersi tuan rumah meraikan 10 daerah utama di bandar itu, manakala kit kuning menggambarkan kempen 2005-2006 semasa kelab itu memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga. - Mail Online UK

Artikel Sebelum

Manchester City mula cari pengganti Aguero

Artikel Berikut

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain