suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayangan hitam putih 25 saat ketika aksi England-Switzerland

PEMBUKAAN perlawanan persahabatan antara England dan Switzerland ditayangkan dengan warna hitam putih selama 25 saat oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) bagi penghormatan sempena ulang tahun ke-25 'Kick It Out'.

Penyokong yang menyaksikan perlawana n tersebut menerusi televisyen menyedari tayangan perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power itu berubah menjadi hitam putih ketika kedua-dua pasukan memasuki padang.

Ia sempena bagi mengingati 25 tahun pelaksanaan membuang sikap rasis dan semua yang berkaitan dengan diskriminasi.

Sebelum perlawanan, ia juga menyaksikan logo Kick It Out ditampal di jersi pemain.

"Kick It Out merupakan pemangkin kepada perubahan bola sepak Inggeris di dalam dan di luar padang dan kami berbangga dengan sambutan dan inspirasi ini untuk terus mempromosikan sukan ini kepada semua," jelas kenyataan FA.

Pada perlawanan tersebut, England mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan pelawat.

Kick It Out

Artikel Lain