suria

Jadi pemain kelas dunia, Carragher cadang Rashford pindah ke Everton

JAMIE Carragher bimbang pemain muda Marcus Rashford tidak akan mencapai kemuncak potensinya di Old Trafford.

Carragher percaya Rashford perlu meninggalkan Manchester United sekiranya ingin mencapai potensi bergelar pemain kelas dunia.

Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan gol tunggal kemenangan ketika aksi persahabatan bertemu Switzerland awal pagi Rabu dan turut menjaringkan gol ketika bertemu Sepanyol Sabtu lalu.

Bagaimana dia kelihatan masih mencari rentak ketika berada dalam skuad United dengan diketepikan berada di kerusi simpanan.

Ia kerana, Romelu Lukaku lebih menjadi pilihan di bahagian serangan bagi pengendali Jose Mourinho itu.

"Saya tidak nampak Rashford akan menggantikan Lukaku selagi dia berada di sana.

"Sebelum ini ketika Lukaku berada di Chelsea dia berpindah ke Everton. Selepas itu di menjadi penjaring terbanyak dan pindah ke Manchester United.

"Kelab Everton adalah sangat sesuai untuk pemain seperti Rashford yang mana dia akan dapat bermain setiap minggu.

"Musim lepas dia bermain teruk ketika menentang Brighton dan Mourinho terus menggantikan Lukaku untuk perlawanan seterusnya. Itulah masalah yang dia akan selalu hadapi," jelas Carragher.

Carragher juga percaya Rashford boleh mencapai kejayaan dengan menjadi Lukaku sebagai inspirasinya.

"Untuk posisi itu, anda perlu menjadi pemain kelas dunia. Rashford masih belum dengan status itu, tetapi mungkin pada usia 24 tahun.

"Lukaku kini menjadi salah seorang penyerang terbaik, jadi Rashford perlu berpindah dan kembali dalam salah satu pasukan besar," jelasnya.

Marcus Rashford, Jamie Carragher

Artikel Sebelum

Artikel Lain