suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Liberia kembali ke padang bertemu Nigeria

Weah (kanan) kembali menyarung jersi negaranya selepas 16 tahun bersara.

PRESIDEN Liberia George Weah kemabli menyarung jersi kebangsaan ketika aksi persahabatan bertemu Nigeria.

Selepas 16 tahun meninggalkan skuad kebangsaan, Leah kembali mengetuai skuad Liberia selepas menyambut kelahiran ke-51 tahun.

Weah yang sinonim dnegan jersi bernombor 14 mengetuai barisan serangan dan tetap memberi kesukaran kepada barisan pertahanan lawan.

Henry Onyekuru dan Semeon Nwankwo meletakkan Nigeria depan, sebelum tuan rumah menerima sepakan penalti menjadikan keputusan 2-1.

Sepanjang bergelar pemain, Weah menikmati zaman kegemilangannya dengan beraksi bersama Monaco, Paris Saint-Germain, Marseille, AC Milan, Chelsea dan Manchester City.

Dia juga turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia pada 1995 dan menerima anugerah Ballon d'Or pada tahun yang sama.

George Weah, Liberia

Artikel Lain