suria

Manchester City mula cari pengganti Aguero

MANCHESTER City sudahpun memulakan pencarian bagi mencari pengganti Sergio Aguero yang dijangka meninggalkan pasukan itu menjelang tahun 2020.

Pemain berusia 3o tahun itu menyertai City pada 2011 dengan bayaran £38 juta (RM205 juta) dari Atletico Madrid.

Ternyata perpindahan itu turut membantu dia mengukuhkan namanya apabila dia menjadi penjaring terbaik kelab itu dengan catatan 204 gol.

Dia yang akan mencecah suai 32 tahun sewaktu kontraknya tamat pada 2020 itu difahamkan akan kembali ke kelab lamanya, Independiente.

Malah, dia sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk kembali ke kelab itu sejak Mac lalu.

"Kontrak saya dengan Machester City akan tamat pada 2020. Selepas itu saya akan kembali ke 'rumah' saya, Independiente," ujarnya.

Pengendali kelab itu, Peep Guardiola juga sedang mencari pemain tengah untuk skuad kendaliannya menjelang musim panas akan datang.

Malah, dia juga mahu merekrut penyerang baharu agar dapat mengukuhkan pasukannya menjelang perpindahan Aguero pada 2020.

Antara yang berada dalam radar Guardiola ketika ini ialah pemain Tottenham yang juga kapten pasukan England, Harry Kane.

Sementara itu, ramai yang menyifatkan perancangan awal Guardiola sebagai satu gambaran kegembiraannya mengenai perkembangan pasukan kendaliannya.

Biarpun masih berbaki dua tahun sebelum Aguero meninggalkan City, dia sudah mula merancang untuk mencari pengganti terbaik agar pasukannya terus mara kehadapan.- Metro.UK

Artikel Lain