suria

Penyokong Indonesia serbu stadium, Hodak kata 'mental kena kuat'!

Keratan foto penyokong-penyokong Indonesia cuba mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir bertemu Malaysia malam ini.

PETALING JAYA: Skuad Bawah 19 Tahun negara, bukan sahaja memerlukan fizikal dan taktik terbaik untuk menumpaskan Indonesia, tetapi paling penting adalah kekuatan mental.

Berdasarkan keratan foto yang dikirimkan oleh pengendali B-19 negara Bojan Hodak kepada mStar Online pada Khamis, ribuan penyokong tuan rumah menyerbu kaunter tiket sejak awal pagi ini.

Ia sekali gus memberi amaran jelas kepada skuad negara agar persiapan mental perlu diutamakan menjelang perlawanan yang berlangsung pukul 8 malam ini (waktu tempatan).

"Saya juga berharap mental pemain-pemain cukup kuat untuk berdepan dengan penyokong pihak lawan.

"Dan saya juga sudah menegaskan kepada pemain supaya kekal fokus, jangan hiraukan penyokong dan sabar," ujarnya.

Skuad B-19 akan berdepan dengan juara 2013 itu dalam perebutan menempah tiket ke final.

Artikel Lain