suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arthur 'cium' lencana Barcelona

PEMAIN baharu Barcelona diperkenalkan pada Rabu.

Kelab juara La Liga itu menyelesaikan perpindahan 27.5 juta pound untuk mendapatkan Arthur dari Gremio itu pada Isnin lalu.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu tiba di Sepanyol dan melawat Nou Camp ketika diperkenalkan Barcelona.

"Saya sangat gembira. Ini adalah impian saya sejak kecil lagi.

"Saya sentiasa membayangkan memakai jersi FC Barcelona. Hari ini sangat hebat.

"Ini adalah sebuah kelab berkaliber dan objektif saya ini membantu memenangi sebanyak yang boleh gelaran kerana sedar lencana ini sememangnya layak untuk itu.

"Saya dan rakan sepasukan akan memburu gelaran. Ini adalah impian setiap pemain," jelasnya kepada Barca TV.

Arthur, Barcelona

Artikel Lain