suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo 'sambil menyelam minum air'

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

CRISTIANO Ronaldo nampaknya 'memanaskan' musim panas di Greece selepas perpindahannya bernilai £100 juta ke Juventus menjadi realiti.

Ronaldo menikmati percutian sejak skuad kebangsaannya Portugal tersingkir dari Piala Dunia 2018 di Rusia.

Ronaldo (tengah) menikmati percutian di Greece bersama keluarga. Foto splashnews.com

Percutian di Greece menjadi pilihannya pada musim ini, dengan beberapa gambar esklusif di Sportsmail beliau menghabiskan masa bersama keluarga.

Ronaldo dilihat bersama anak lelakinya, ibu, kakak dan teman wanita, Georgina Rodriguez bersantai di pantai, malah bermain bola tampar bersama anak lelakinya, Cristiano Jr.

Ronaldo bermain bola tampar bersama Cristiano Jr di pantai. Foto splashnews.com

Pemain berusia 33 tahun itu bersetuju syarat kontrak dengan kelab gergasi Itali tersebut.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli berlepas ke Greece pada Selasa untuk bertemu dengan Ronaldo bagi memuktamadkan rundingan mereka. - Mail Online UK

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain