suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Akhyar-Gerald balik, harap skuad negara tak gentar"

Akhyar terpaksa melupakan baki perlawanan Piala AFF kerana kecederaan.

PETALING JAYA: Persiapan skuad Bawah 19 Tahun (B-19) tanah air ke pentas akhir sedikit terganggu selepas dua tonggak utamanya terpaksa diketepikan.

Penolong jurulatih B-19, Hairuddin Omar memaklumkan, ketiadaan Akhyar Rashid sedikit dirasai menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFF B-19 yang sedang  berlangsung di Indonesia.

"Akhyar pemain utama kita. Sedikit sebanyak terasa ketiadaannya.

"Namun ia tidak menjadi masalah besar memandangkan masih ada beberapa pemain yang boleh menggantikan tempat Akhyar.

Skuad Bawah 19 Negara

"Selain Akhyar, seorang lagi pemain pertahanan, Gerald Gadit telah dihantar pulang pagi ini (Rabu) dan mereka akan menjalani ujian MRI  (Magnetic Resonance Imaging) di Malaysia," ujarnya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Rabu.

Kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan ketika aksi sebelum ini.

Malaysia yang dibimbing ketua jurulatih Bojan Hodak mara ke pusingan separuh akhir selepas bergelar juara Kumpulan B dengan mengumpul 10 mata, hanya satu tewas dalam empat perlawanan.

Manakala naib juara kumpulan, pasukan Myanmar dengan tujuh mata.

Hairuddin,38, yang juga bekas pemain kebangsaan berharap, daya ketahanan mental semua pemain berada dalam keadaan baik menjelang pertemuan dengan tuan rumah esok.

"Harap pemain tidak gentar bermain di hadapan penyokong-penyokong lawan yang memenuhi stadium nanti," katanya.

Indonesia merupakan naib juara bagi Kumpulan A.

Bawah 19 Tahun, Piala AFF, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain