suria

Willian hanya akan ke United jika...

CHELSEA akan membenarkan Willian menyertai Manchester United pada musim panas ini tapi dengan satu syarat.

The Blues mahu mendapatkan khidmat penyerang Anthony Martial sebagai ganti kepada Willian.

Jose Mourinho berminat terhadap Willian dan gagal membawanya ke Old Trafford pada musim panas lalu.

Namun, bintang Brazil itu mempunyai hubungan dingin dengan Antonio Conte musim lalu.

Barcelona turut berminat untuk mendapatkan khidmat Willian sebagai pemain sokongan tetapi tidak mungkin mengemukakan bidaan 60 juta pound sterling terhadap pemain tersebut.

Chelsea dilaporkan sanggup melepaskan Willian ke Barcelona berbanding seteru utama United.

Menurut laporan Telegraph, Chelsea hanya akan membenarkan Willian berpindah ke Old Trafford jika United menawarkan Martial sebahagian daripada perjanjian itu.

Ejen Martial mengesahkan pada bulan lalu bahawa pemain Perancis itu mahu meninggalkan United selepas tidak menjadi pilihan Mourinho.

United bagaimanapun masih mahu mengekalkan Martial bersama pasukan itu.

Willian, Anthony Martial

Artikel Sebelum

Ronaldo sertai Juventus?

Artikel Berikut

Artikel Lain