suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo sertai Juventus?

CRISTIANO Ronaldo hampir pasti meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini selepas kelab gergasi Sepanyol itu memutuskan untuk menerima tawaran sebanyak 88 juta pound sterling (RM470 juta) daripada Juventus.

Bintang Portugal berusia 33 tahun itu memberi bayangan akan angkat kaki dari Santiago Bernabeu selepas membantu Real memenangi trofi ketiga Liga Juara-Juara, hujung Mei lalu.

Ronaldo dipercayai menuntut kenaikan gaji sama seperti yang diperolehi bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar dan Lionel Messi dari Barcelona.

Presiden Real Florentino Perez enggan memenuhi permintaan Ronaldo dan menegaskan dia akan dijual jika mana-mana kelab sanggup membayar klausa pelepasannya bernilai 883 juta pound sterling.

Jugones, rancangan TV El Chiringuito mendakwa Real bersetuju menerima tawaran 88 juta pound sterling daripada Juventus.

Meskipun beberapa syarat dalam kontraknya telah diperbaharui, Ronaldo menolak kontrak cadangan ditawarkan Real dan percaya kariernya di Santiago Bernabeu sudah berakhir.

Juventus dikhabarkan telah menawarkan Ronaldo kontrak bernilai 26 juta pound sterling (RM139 juta) setahun, tawaran terakhir yang dikemukakan Real untuk tempoh empat tahun.

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain