suria

Perez, Mendes putuskan masa depan Ronaldo

PRESIDEN Real Madrid Florentino Perez mengadakan mesyuarat tergempar dengan ejen Cristiano Ronaldo berhubung masa depannya.

Pemenang Anugerah Ballon d'Or itu memberi bayangan bahawa dia akan meninggalkan Santiago Bernabeu selepas membantu Real memenangi trofi Liga Juara-Juara ketiga, hujung Mei lalu.

Timbul khabar angin baru-baru ini bahawa bintang Portugal itu dijangka menyertai Juventus dengan kelab gergasi Itali itu menawarkan bidaan 100 juta euro (RM472.9 juta) dan menawarkan Ronaldo 30 juta euro (RM141.9 juta) setiap musim.

Dan menurut laporan Marca, Perez meminta agar satu mesyuarat tergempar diadakan dengan Jorge Mendes.

Mesyuarat itu diadakan awal pagi Khamis.

Ronaldo masih mempunyai kontrak bersama Real sehingga 2021.

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ronaldo sertai Juventus?

Artikel Lain