suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengku Amir Shah presiden baharu FAS

SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Kongres Luar Biasa FAS yang  berlangsung pada Selasa.

Beliau menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal yang melepaskan jawatan itu untuk memberi lebih  tumpuan kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) selaku presidennya dan juga Persatuan Bolasepak  Malaysia (FAM) sebagai timbalan presiden.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Amir Shah mengucapkan terima kasih kepada badan-badan gabungan FAS dan peminat kerana memberi sokongan kepada beliau untuk menerajui FAS.

Beliau berikrar untuk membawa  pembaharuan kepada persatuan itu agar dapat menunjukkan prestasi  lebih cemerlang dalam Liga Malaysia.

Tengku  Amir berkata beliau akan mengadakan mesyuarat exco FAS dalam seminggu ini untuk  membincangkan cara menambah baik struktur persatuan itu.

Beliau menyeru para peminat Red Giants hadir memenuhi  Stadium Nasional di Bukit Jalil  untuk  menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang Sabtu ini.-Bernama

Presiden FAS, Tengku Amir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain