suria

Perlumbaan berturut-turut F4 di Sepang Julai ini

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) FIA 2018 yang ditaja Petron akan diadakan selama dua minggu berturut-turut bermula dengan pusingan pembukaan pada 7 dan 8 Julai serta 13 hingga 15 Julai di Litar Antarabangsa Sepang.

Promoter F4 SEA, Peter Thompson berkata keputusan mengubah format kejohanan utama pembangunan pemandu remaja itu dilakukan bagi memastikan perlumbaan berkenaan lebih kos efektif.

Beliau berkata musim baharu itu merangkumi empat saingan berturut-turut dan melibatkan keseluruhan 24 perlumbaan.

“Tiada yang lebih menggembirakan bagi kita berada di Sepang menyokong Siri Kejohanan Malaysia (MCS) dan bersaing bersama-sama F3.

Ini membolehkan pemandu kita melihat mengenai masa depan mereka,” kata Thompson seperti dipetik dalam kenyataan dikeluarkan promoter F4 SEA pada Isnin.

Beliau berkata musim 2018 dibuat perubahan untuk disesuaikan dengan Kejohanan Formula 4 Eropah, dengan hanya tiga perlumbaan setiap kejohanan berbanding format enam perlumbaan yang mencabar pada saingan tersebut sebelum ini.

Thompson seterusnya berkata sebuah litar baharu juga dimasukkan dalam kalender kejohanan berkenaan – ‘The Madras Motor Race Track' di Chennai, India yang akan menganjurkan dua perlumbaan pada September depan.

Kejohanan F4 SEA adalah perlumbaan serantau Asia Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), yang merupakan medan pertama bagi pemandu muda berusia antara 15 dan 19 tahun, mengembangkan bakat mereka berentap dalam saingan utama FIA seperti perlumbaan GT atau Formula Satu (F1).- Bernama

F4, Litar Sepang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain