suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fellaini masih main teka-teki

MAROUANE Fellaini akan mengumumkan masa depannya tidak lama lagi sebaik sahaja kontrak bersama Manchester United berakhir hujung bulan ini.

Fellaini dilihat bersedia untuk meninggalkan Old Trafford secara bebas selepas mendapat bayangan sudah kesuntukan masa untuk kelab menyambung kontraknya.

Arsenal merupakan salah satu kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain tengah itu, dan Fellaini juga turut mendapat perhatian daripada kelab di Itali dan Turki.

Fellaini yang kini bersama Belgium dalam saingan Piala Dunia memberitahu dia akan membuat keputusan masa depannya tidak lama lagi.

Pemain berusia 30 tahun itu melalui saat sukat di Old Trafford musim lalu apabiula hanya memainkan peranan kecil di bawah pengurusan Jose Mourinho.

Malah dalam masa sama, United sudah bersedia menggantikan Fellaini apabila membeli pemain tengah Brazil, Fred dari Shakhtar Donetsk bernilai 52 juta pound.

Marouane Fellaini, United

Artikel Lain