suria

Navas undur diri jika De Gea sertai Real Madrid

Navas.

BINTANG Manchester United, David De Gea tidak dialu-alukan oleh Keylor Navas untuk ke Real Madrid.

Menurut media Sepanyol Don Balon, De Gea atau penjaga gol Roma, Alisson akan menyertai Real pada musim panas ini.

Nevas pula akan dijual dalam beberapa minggu lagi dan didakwa enggan bermain untuk musim kedua bersama Real.

Don Balon turut mendakwa Navas telah memaklumkan kepada Real, dia akan meninggalkan Bernabeu jika De Gea menyertai kelab itu musim panas ini.

Bagi pemain jersi nombor 1 Real itu, De Gea akan mengurangkan masa bermainnya jika perpindahan itu berlaku.

De Gea juga dilaporkan mempunyai ramai rakan di Real dan Navas tahu bahawa dia akan meminjam masa permainan jika pemain United tersebut kembali ke La Liga.

De Gea.

Keylor Navas, David De Gea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain