suria

Nasib Conte minggu depan

NASIB pengurus Chelsea dijangka akan diketahui minggu depan.

Antonio Conte bakal mengetahu statusnya di Stamford Bridge minggu depan apabila Maurizio Sarri dilaporkan semakin hampir tiba ke kelab itu.

Sarri yakin akan dilepaskan oleh Napoli selepas perbincangan kedua-dua kelab, malah Gianfranco Zola juga bakal tiba sebagai staf di barisan kejurulatihan skuad Chelsea.

Sejak menjuarai Piala FA pada 19 Mei lalu dengan menewaskan Manchester United, Conte tetap bersabar menunggu kata putus masa depannya bersama The Blues.

Pengendali kelahiran Itali itu bakal menerima 9 juta pound jika dipecat dan dijangka beberapa pembantunya akan turut meninggalkan kelab.

Napoli sudah pun melantik Carlo Ancelotti tetapi Sarri masih terikat dengan kontrak apabila kelab tidak mahu bertolak ansur dengan jumlah bayaran perpindahan.

Difahamkan, kelab Serie A itu hanya mahu menerima tawaran pengurangan 3.5 juta pound berbanding tawaran asal bernilai 7juta pound.

Chelsea, Antonio Conte

Artikel Berikut

Artikel Lain