suria

Liverpool masih ada harapan ikat Nabil

EJEN bintang Lyon, Nabil Fekir memberi bayangan bahawa peluang penyerang sensasi itu menyertai Liverpool pada musim panas ini masih lagi terbuka.

Liverpool dikaitkan dengan Nabil sejak beberapa minggu lalu dan nyaris menyambar khidmatnya sebelum rundingan gagal dimeterai pada awal bulan ini.

Meskipun Nabil difahamkan setuju dengan syarat ditetapkan The Reds, Lyon menegasakan pemain Perancis itu tidak akan ke mana-mana.

Namun ejen Nabil, Jean-Pierre Bernes menghidupkan semula harapan Liverpool uintuk mendapatkan khidmat pemain itu.

"Dia belum tandatangan tapi ia belum berakhir. Ia bukan penghujung ceritanya," kata Bernes.

Dalam satu kenyataan rasmi bulan ini, Lyon mendakwa perpindahan Nabil ke Anfield sudah tertutup.

"Lyon mengumumkan rundingan dengan Liverpool dan Nabil untuk perpindahan kapten Lyon itu tidak berjaya," kata kenyataan itu.

Liverpool, Nabil Fekir

Artikel Lain