suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard kini pengurus Rangers

STEVEN Gerrard bersetuju menjadi pengurus Rangers dengan kontrak empat tahun.

Legenda Liverpool itu membuat keputusan selepas bekas kelabnya berjaya mara ke final Liga Juara-Juara Khamis lalu.

Bekas kapten The Reds berusia 37 tahun itu, bertugas sebagai jurulatih akademi di Merseyside sebelum menerima tawaran Rangers.

Kini Gerrard bersedia memikul tugas besar untuk menguruskan Rangers.

"Saya berbesar hati menjadi pengurus Rangers yang seterusnya."Saya amat menghormati kelab ini berdasarkan sejarah dan tradisi.

"Saya tidak sabar untuk mulakan perjalanan baharu di Rangers dan bersedia untuk membina lebih banyak sukses untuk dicapai kelab seperti seperti sebelum ini," jelas Gerrard dalam satu kenyataan rasmi kelab.

Menurut laporan Gerrard bersetuju untuk menggantikan pengurus sementara Graeme Murty selepas beberapa kali perbincangan berlangsung termasuk bajet perpindahannya ke sana.

"Kami dengan bangganya mengesahkan bahawa Steven Gerrard akan menjadi pengurus Rangers.

"Sejak awal perbincangan menunjukkan keputusan positif dan Gerrars adalah orang yang tepat untuk membawa Rangers lebih ke depan.

"Dia memberi mengkagumkan sepanjang perbincangan diadakan dan kami telah diyakini dengan pengetahuan dan perbezaannya untuk membawa kelab hasrat kelab untuk lebih berjaya.

"Ini adalah hari istimewa buat kelab, penyokong dan Steven," jelas pengerusi Rangers, Dave King.

Steven Gerrard, Liverpool, Rangers

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain