suria

Tewas 1-0, Mourinho sinis salahkan pemain

PAsukan Brighton merai kemenangan tipis ke atas Manchester United

JOSE Mourinho menyalahkan pemain bintangnya selepas tewas kepada Brighton di Stadium Amex awal pagi Sabtu.

Anak buah Chris Hughton mengukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana dengan menambah tiga mata di tangga kesebelas selepas tandukan Pascal Gross tepat ke dalam gol.

Mourinho menyelar pemain-pemainnya yang tidak menunjukkan tentangan dan secara sinis ditujukan kepada Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Selepas itu Mourinho menyalahkan media dan penyokong yang terlalu memberi fokus kenapa tidak meletakkan Romelu Lukaku di barisan hadapan.

"Pemain-pemain gantian tidak bermain dalam tahap yang baik.

"Apabila individu berkelakuan (tidak bermain dengan baik) ia menyukarkan pasukan untuk bermain dengan baik. Mungkin selepas ini anda tidak lagi menyoal kenapa A,B, C tidak kerap bermain.

"Kenapa selalu Lukaku? Kenapa selaku Lukaku? Kenapa selalu lukaku? Anda ada jawapan kenapa selalu Lukaku," ujar Mourinho.


Malah Mourinho tidak lagi percaya beberapa pemain dalam skuadnya.

"Saya fikir amat jelas berbeza sekali untuk berjuang mencapai sasaran.

"Bagi mereka lebih penting menamatkan saingan dalam Liga Perdana daripada misi kami untuk berada di tempat kedua.

"Mereka (lawan) telah tunjuk sejak minit pertama dan kami tidak berbuat begitu.

"Mereka juga  telah memberi segalanya untuk mendapatkan mata penuh ini.

"Pemain kita tidak ada motivasi diri. Bagi saya, ia selalu mengecewakan kerana ia bukan saya. Bukan saya.

"Pemain-pemain seperti tidak bersedia untuk membuktikan betapa pentingnya kedudukan kedua itu. Saya sangat kecewa kerana ia sangat penting."

Jose Mourinho, Brighton

Artikel Sebelum

Kedah tanpa 'lipas kudung'

Artikel Berikut

Artikel Lain