suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Mourinho patut angkat kaki’

LEGENDA Manchester United Gary Neville berpendapat karier Jose Mourinho bersama pasukan itu sepatutnya berakhir selepas tewas 0-1 kepada Brighton.

Enam pertukaran dilakukan tetapi United masih tercari-cari rentak kemenangan di Stadium Falmer dengan David De Gea terpaksa menepis beberapa percubaan berbahaya pada babak pertama.

Mourinho berang dengan prestasi pemainnya tetapi Neville percaya kekalahan itu membuktikan beberapa pemain seolah-olah sudah hilang minat untuk bermain di bawah kendaliannya.

"Bagi saya ia ibarat permainan terakhirnya dengan beberapa pemain. Kepercayaan yang anda perlukan daripada pemain sudah hilang.

"Saya cuba mencari perkataan sesuai yang anda gunakan untuk menggambarkan prestasi hambar itu.

"Ia amat menyedihkan dan teruk serta penuh dengan kejutan dari awal hingga wisel penamat dibunyikan.

"Saya fikir United akan bangkit pada babak kedua tetapi ia tidak berlaku," kata Neville.

Tambahnya, pihak pengurusan tertinggi United mempunyai alasan yang kukuh untuk memecat Mourinho tetapi percaya ia tidak mungkin berlaku.

"Apabila anda tidak dapat menghantar mesej kepada pemain anda, sama ada pengurus atau pemain perlu angkat kaki.

"Pada ketika ini United tidak akan melepaskan Mourinho, jadi dia perlu melakukan perubahan besar di dalam bilik persalinan," kata Neville.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedah tanpa 'lipas kudung'

Artikel Lain