suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard tinggalkan Chelsea?

EDEN Hazard menegaskan dia tidak mahu menamatkan kariernya bersama Chelsea dan akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini, kata bekas pemain England, Paul Merson.

Pemain kebangsaan Belgium itu melakukan 300 penampilan bersama Chelsea sejak berhijrah dari Lille pada 2012.

Dia turut menjulang dua trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea dan kelincahannya turut menarik minat Real Madrid.

Zinedine Zidane amat meminati Hazard dan berusaha menyambar khidmatnya pada musim panas ini jika Chelsea menerima tawaran Real.

Terdahulu Hazard menyuarakan komitmennya bersama Chelsea tetapi Merson percaya pemain itu tidak akan kekal lebih lama di Stamford Bridge.

"Saya tidak percaya Hazard akan kekal di sana musim depan. Jika dia kekal bersama Chelsea pada musim panas ini, dia akan kekal di sana selamanya.

"Namun saya percaya ia tidak akan berlaku," katanya kepada Daily Star.

Eden Hazard, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain