suria

Kelayakan AFC B-19: Hilang Fokus Punca Tewas - Hairuddin

Skuad Bawah 19 Tahun yang beraksi di Paju, Korea Selatan.

PETALING JAYA: Hilang fokus punca skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan tewas kepada tuan rumah, Korea Selatan di Paju pada Rabu.

Penolong jurulatih B-19, Hairuddin Omar memberitahu secara keseluruhannya pemain telah menunjukkan prestasi yang baik.

"Bagaimanapun pada separuh masa pertama, pemain sedikit leka dan hilang fokus.

"Pasukan Korea mempunyai level yang berbeza dengan kita.

"Apabila  kita tidak menggunakan peluang untuk menjaringkan gol, mereka akan menghukum kita," ujarnya kepada mStar Online selepas perlawanan.

Menurut bekas pemain kebangsaan ini, walaupun tewas untuk perlawanan tersebut, skuad negara masih mempunyai peluang untuk ke pentas akhir.

Malaysia kini berada di kedudukan kedua Kumpulan F dengan sembilan mata, manakala Korea Selatan menguasai carta dengan 12 mata.

Juara setiap kumpulan layak automatik ke final.

Manakala lima pasukan naib juara daripada 10 kumpulan layak ke pentas akhir berdasarkan pengiraan mata.

Dalam pada itu, Indonesia yang berada di kedudukan ketiga (Kumpulan F) dengan enam mata layak  secara automatik ke final dengan tiket sebagai tuan rumah November tahun depan.

B-19

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gaji Mahal, Kelantan Tak Mampu

Artikel Lain