suria

Bayern Perlu ‘Darah’ Baharu

BAYERN Munich perlu memastikan mereka mendapatkan pemain terkenal setiap musim.

Jelas kapten kelab, Robert Lewandowski ia perlu buat bagi memastikan pasukannya sentiasa kompetitif dan menyenangkan saingan.

Lewandowski yang kini bersama pasukan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan Poland bertemu Uruguay dan Mexico pada Jumaat serta Isnin ini turut memberitahu kepada Reuters bahawa barisan pertama Bayern perlu mempunyai skuad sokongan.

"Kita tidak sepatutnya terpadaya dengan diri sendiri. Setiap kelab memerlukan pemain 'top' setiap dua atau tiga tahun sekali.

"Ia untuk 'menyegarkan' pasukan dengan membawa beberapa 'darah' dan kualiti baharu," jelasnya.

Selepas berdepan saiangan sukar sejak awal musim, Bayern memecatkan pengurus dari Itali, Carlo Ancelotti.

Jupp Heynckes,72, dilantik mengendalikan skuad Bayern.

Jupp Heynckes

Sejak kedatangan Heynckes pada 14 Oktober lalu, mereka telah memenangi tujuh perlawanan dalam semua pertandingan, malah kembali berada di puncak Liga Jerman.

Sebelum ini mereka berada di belakang RB Leipzig dan Borrussia Dortmund

.Skuad Bayern juga turut layak dalam kelompik 16 pasukan Liga Juara-Juara.

"Ketika saat ini, kami sebuah pasukan yang bagus, tetapi perlu ingat pemain-pemain semakin tua," jelas Lewandowski.

Bayern Munich

Artikel Sebelum

Gaji Mahal, Kelantan Tak Mampu

Artikel Berikut

Ozil Letak Syarat Untuk Kekal

Artikel Lain