suria

Ozil Letak Syarat Untuk Kekal

PEMAIN kebangsaan Jerman, Mesut Ozil nampaknya meletakkan syarat kepada Arsenal sekiranya mahu dia kekal di Emirates.

Ozil dilaporkan mahukan jersi No 10 milik Jack Wilshere.

Bekas pemain Real Madrid itu akan tamat kontrak pada musim panas akan datang tetapi masih ada potensi untuk memperbaharui kontraknya bersama Arsenal.

Ozil yang memakai jersi No 11 ketika ini mendesak Arsenal untuk memenuhi permintaannya itu kerana ingin meningkatkan nilai komersialnya.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu juga mahu gajinya dinaikkan kepada 150,000 pound sterling seminggu untuk kekal di London di mana dia telah membeli sebuah rumah baharu.

Ozil mahukan jersi tersebut kerana ia dikaitkan dengan nilai komersialnya, malah Instagramnya turut menggunakan nama m10_official.

Dia turut menyarung jersi No 10 bersama skuad kebangsaan Jerman selepas Lukas Podolski bersara.

Wilshere pula memperoleh jersi tersebut dari Robin van Persie apabila pemain itu berhijrah ke Manchester United pada 2012.

Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cuma Khabar Angin - Faiz Subri

Artikel Lain