suria

Welson Sim, Sei Yan Atlet Terbaik KL2017

Welsom Sim dengan megah mempamerkan hadiah dan trofi selepas dinobatkan Atlet Lelaki Terbaik Sukan SEA KL2017.

KUALA LUMPUR: Atlet renang, Welson Sim dan ratu gimrama, Koi Sei Yan di pilih atlet lelaki dan wanita terbaik Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kejayaan cemerlang wira dan wirawati negara pada KL2017 dan Sukan Para Asean ke-9 dirai pada Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, Selasa malam.

Welson memenangi dua pingat emas satu perak dan satu gangsa serta mencipta dua rekod baru kejohanan dalam acara 200 dan 400 meter gaya bebas menerima RM33,000.

Sei Yan pula cemerlang meraih empat pingat emas iaitu dua dalam acara aparatus gelung dan belantan, selain emas berpasukan dan emas individu keseluruhan untuk menerima insentif tertinggi berjumlah RM49,500.

Koi Sei Yan

Sementara itu, permata baharu olahraga, S.Thavanesvaran dipilih selaku atlet lelaki terbaik para selepas menghadiahkan tiga pingat emas dan satu perak di Sukan Para Asean September lalu.

Atlet dari Segamat, Johor itu yang beraksi dalam acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter kategori T44 menerima RM40,750.00.

S.Thavanesvaran

Manakala atlet berbasikal para, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais menerima anugerah atlet wanita terbaik Sukan Para Asean.

Dia yang membuat penampilan sulung di Sukan Para Asean berjaya menggondol empat pingat emas dan satu perak untuk membawa pulang insentif bernilai RM53,000.

Insentif kepada atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat pada KL2017 berjumlah RM3,643,750.00, manakala RM1,891,000.00 diperuntukkan untuk pemenang-pemenang pingat Sukan Para Asean.

Kontinjen Negara muncul juara keseluruhan selepas meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa pada temasya KL2017, manakala di Sukan Para Asean pula, Malaysia muncul naib juara dengan 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa.

Insentif kemenangan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Anugerah Shakam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AFC Denda FAM, Safiq

Artikel Lain