suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Liverpool Terima Mesej Ugutan Bunuh

PEMAIN pertahanan Liverpool menerima ugutan bunuh di dalam kotak mesej di Instagramnya.

Dejan Lovren mengakui 'jijik' dengan pesanan yang dihantar oleh pengikut di laman Instagram yang mengugut untuk membunuh keluarganya.


"Tetapi saya tidak boleh membiarkannya apabila mengugut keluarga saya. Saya tidak boleh dan tidak mahu menerimanya. Jijik."

Sementara itu, bekas pemain pertahananThe Reds, John Arne Riise menyuarakan sokongan kepada Lovren selepas melihat perkara itu berlaku.

"Amat memalukan apabila membaca komen-komen terhadap keluarga Lovren. Mereka itu bukan penyokong. Terkejut!," kata Riise.

"Anda boleh bercakap mengenai prestasi dan permainan sama ada baik atau buruk. Ia sebahagian daripada perlawanan. Lindungi keluarga daripada komen bodoh itu! Teruskan Lovren."

Pemain antarabangsa Croatia berusia 28 tahun itu berdepan dengan situasi sukar sejak aksi Liga Perdana bermula.

Malah penyokong kelab meminta pengurus Jurgen Klopp menggugurkannya daripada barisan utama skuad berikutan prestasi yang tidak konsisten.

Dejan Lovren

Artikel Sebelum

AFC Denda FAM, Safiq

Artikel Berikut

Artikel Lain