suria

Liga Juara-Juara: Mourinho Selar Pengulas Perlawanan

JOSE Mourinho terus menunjukkan keistimewaannya selepas kemenangan 2-0 ke atas Benfica dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Pengurus Manchester United itu menyaksikan anak buahnya mencatat kemenangan hasil jaringan gol sendiri pihak lawan, Mile Silver dan gol kedua menerusi sepakan penalti Daley Blind.

Mourinho yang terkenal dengan sikap sinisnya setiap kali selepas perlawanan menyelar pengulas pada perlawanan tersebut.

"Kami tidak layak? Empat kemenangan dan ia tidak mencukupi...kami perlu mendapatkan mata.


"Ia lebih baik daripada pakar yang memberi komen pada perlawanan ini daripada pandangan  saya.

"Pakar (pengulas) dibayar untuk berbuat demikian bagi kerja saya, jadi biarlah mereka yang komen," jelasnya.

Mourinho juga turut dikritik apabila meletakkan pemain berusia 20 tahun, Scott McTominay dalam skuad utamanya.

"Saya lebih gembira, kami menukar pemain, melangkaui sikap dinamik yang biasa digunkan dan menggunakan pemain akademi.

"Kami menjaringkan dua gol, tidak kalah, tiga mata, lebih banyak duit untuk kelab, tiada kecederaan, saya sangat gembira," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain