suria

Shaw Tidak Tegur Mourinho

LUKE Shaw dan Jose Mourinho tidak lagi bertegur sapa di Manchester United, menurut beberapa laporan.

Pemain berusia 22 tahun itu jarang keluar padang untuk beraksi dengan United pada musim ini.

Shaw hanya bermain selama 45 minit ketika perlawanan menentang Burton Albion di Piala Carabao pada September lalu.

Dia turut diberikan tiga minit untuk membuktikan kemampuan ketika beraksi menentang Swansea City selepas menjadi pemain gantian pada akhir perlawanan.

Terkini, The Times melaporkan bahawa Shaw kecewa dengan tempoh masa bermainnya yang terhad sehingga membuatkan dia tidak lagi bercakap dengan pengurus United itu.

Laporan itu juga mendakwa bahawa United telah mencetuskan klausa pelanjutan dalam kontrak Shaw, yang bermaksud bahawa dia terikat dengan kelab tersebut sehingga musim panas 2019.

Shaw telah diikat dengan nilai sebanya 30 juta pound Sterling (RM167 juta) dari Southampton pada 2014, namun telah bergelut dengan kecederaan semasa dia berada di Old Trafford. - The Mirror

Jose Mourinho, Luke Shaw

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain