suria

Conte Kagum Prestasi Pemain Muda Chelsea

Conte menjerit ke arah pasukannya ketika perlawanan Chelsea menentang Watford pada Ahad lalu. - Reuters

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte (gambar) kagum dengan persembahan membanggakan pemain mudanya ketika menjulang kemenangan 2-1 ke atas Everton di Piala Liga.

Kata Conte, dia akan menggunakan pertandingan piala  tersebut untuk meneruskan kemajuan dalam pasukan.

Conte membuat pusingan dalam pasukannya selepas meraih kemenangan 4-2 ke atas Watford pada Ahad lalu iaitu ketika bermain untuk Liga Perdana.

Dia turut merehatkan beberapa pemain utama dan memberi peluang kepada pemain berusia 17 tahun iaitu Ethan Ampadu, Kenedy Brazil dan Charly Musonda.

Ampadu membuat permulaan pertamanya, Kenedy bermain permainan penuh, sementara  Musonda pula digantikan pada minit ke-70 ketika Chelsea menyerang Everton walaupun gol dijaringkan agam lewat oleh Dominic Calvert-Lewin.

"Saya sangat gembira, malam ini saya melihat banyak perkara positif - (seperti) prestasi pemain muda. Charly Musonda, Kenedy, Ampadu - dia hanya berusia 17 tahun - semuanya bermain sangat bagus," kata Conte kepada pemberita selepas perlawanan.

"Adalah penting untuk mempercayai pemain-pemain ini dan saya gembira kerana saya mempunyai jawapan yang baik, jawapan yang saya tunggu.

"Saya rasa pemain muda bertambah bagus dalam perlawanan seperti ini. Melihat prestasi Ampadu malam ini adalah penting kerana ia membuatkan kita sedar bahawa prestasi mereka boleh ditingkatkan lagi dan peluang seharusnya diberikan kepada mereka." - Reuters

Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain