suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Bola Sepak Indonesia Terpantas Di Dunia?

PEMAIN Borneo FC, Terens Puhiri dinilai sebagai lebih pantas daripada pemain sayap Manchester City, Leroy Sane.

Penilaian itu dibuat oleh media terkemuka Inggeris, Daily Mail dan juga media Brazil, Globoesporte.

Dalam artikel yang disiarkan pada malam Rabu, Daily Mail telah membuat analisis aksi larian solo Puhiri ketika menjaringkan gol ketiga pasukannya ke gawang Mitra Kukar, dalam perlawanan 23 Oktober lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Borneo FC menang 4-0 di Stadium Aji Imbut, Tenggarong.

Walaupun tidak dapat dipastikan kadar kepantasan larian Puhiri, laporan tersebut telah mengandaikan bahawa pemain berusia 21 tahun itu mungkin telah mengalahkan Sane sebagai pemain paling pantas di Liga Perdana Inggeris.

"Disebabkan kurangnya teknologi dalam bola sepak Indonesia, kepantasan sebenar Puhiri ketika menjaringkan gol ketiga Borneo FC tidak dapat dipastikan. Namun, berdasarkan video itu dia mungkin mengalahkan kepantasan Leroy Sane," demikian Daily Mail dipetik sebagai berkata.

Sane, bintang muda yang berasal dari Jerman itu memiliki kepantasan lari 35.48 kilometer per jam yang dicatatkan pada awal musim ini.

Dengan catatan tersebut Sane mampu menamatkan acara pecut 100 meter dalam masa lebih kurang 10 saat atau menyamai rekod pelari pecut dunia Usain Bolt.

Turut dilaporkan, beberapa pemerhati di kelab bola sepak Eropah tertarik dengan kemampuan Puhiri yang kini bermain untuk Borneo FC di Liga 1.

Nama Puhiri menjadi perhatian ramai selepas video larian solonya yang berakhir dengan gol itu menjadi tular.

"Semua ini timbul apabila saya yakin dan percaya bahawa bola yang kita kejar atau bawa mampu direbut," kata Puhiri kepada BolaSport.com.

"Bola sepak adalah pekerjaan kami. Mahu atau tidak kami harus yakin atau percaya diri bahawa orang Indonesia mampu menjadi sehebat pemain Eropah," katanya.

Terens Puhiri, Leroy Sane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain