suria

Chelsea Siap Sedia Pengganti Conte, Gaji £10.7 Juta

Antonio Conte

CHELSEA dilaporkan telah mengambil langkah awal dengan merancang perjalanan kelab itu selepas ketiadaan Antonio Conte.

Kelab itu dikatakan 'menyimpan' jawatan tersebut untuk pengurus Napoli, Maurizio Sarri yang dilihat sebagai pengganti berpotensi jika Conte tidak lagi bersama Chelsea pada musim ini.

Conte, yang membimbing Chelsea sehingga meraih gelaran Liga Perdana Inggeris musim lepas, telah berdepan beberapa masalah dan kontroversi pada musim ini.

Pasukannya dilihat sukar mempertahankan gelaran apabila mereka berada sembilan mata di belakang pendahulu liga Manchester City selepas sembilan perlawanan.

Pengurus berusia 48 tahun itu baru-baru ini membayangkan dia mungkin meninggalkan Stamford Bridge dan mengakui merindui kehidupan di Itali.

Tambahnya, dia kecewa pada musim panas ini kerana terlepas beberapa sasaran utama, termasuk Romelu Lukaku, yang menyertai Manchester United pada nilai £75 juta dari Everton.

Dan sekarang, menurut berita Itali, Football Italia, Chelsea telah mula menjejak Sarri.

Laporan itu mencadangkan pegawai-pegawai Chelsea sedang berusaha ke arah melakukan pendekatan untuk mendapatkannya.

Sarri menjalani permulaan yang sangat baik musim ini, kerana pasukannya berada di posisi kedua Serie A, dengan lapan kemenangan dari sembilan perlawanan.

Laporan itu turut mencadangkan bahawa Sarri mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya bernilai £6.7 juta, manakala Chelsea bersedia untuk menawarkannya gaji tahunan £10.7 juta.

Chelsea akan berdepan Bournemouth dalam perlawanan liga pada Sabtu.

Antonio Conte

Artikel Sebelum

Shaw Tidak Tegur Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain