suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AFF: Skuad B-15 Negara Terus Catat Kemenangan

Skuad Bawah 15 negara. Foto kredit:PPBN

PETALING JAYA: Pasukan Bawah 15 Tahun negara berjaya melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam sainagan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF)  yang berlangsung di Chonburi, Thailand.

Skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) melakar kemenangan selesa ke atas Brunei, 3-0 pada aksi ketiga peringkat Kumpulan B, petang Jumaat.

Anak buah Raja Azlan Shah Raja Sho'ib itu menguasai perlawanan dengan dua jaringan pada babak pertama permainan, manakala gol ketiga pada minit ke-47.

Sebelum ini skuad muda kebangsaan itu turut melakar kemenangan menerusi perlawanan bertemu Filipina dan Timor Leste dengan jaringan masing-masing 2-0.

Mereka bakal meneruskan baki perlawanan peringkat kumpulan bertemu Vietnam 16 Julai ini sebelum Kemboja 18 Julai ini.

Untuk rekod, Malaysia diundi bersama Vietnam, Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei.

Manakala Kumpulan A melibatkan Australia, Thailand, laos, Myanmar, Indonesia, Singapura.

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mengisi slot separuh akhir kejohanan.

AFF, PPBN, B15

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain